Friday, April 23, 2010

my class


Kehidupanku d universiti bagaikn fantasi jd realiti,,,emm tp mmg btl pn,,haha...so yg kat ats ni gmba dak2 kls BENW-1...kls aku la ni,xkn la engineer kot tp mcm too ad la,,hehehe,,,..BENW too ape? bachelor of electronics engineering wireless communication...kos baru so mmg mencabar jiwa dan raga,,,cbe yg terbaek d utem hope all be fine n wish me luck 4 my stdy ok....wassalam...

Sunday, April 18, 2010

my utem


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2000 di bawah Seksyen 20, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30). UTeM merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke 14 yang melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui pendidikan teknikal berorientasikan Aplikasi dan Amalan.UTeM ketika ini beroperasi di dua buah kampus iaitu Kampus Induk yang terletak di Durian Tunggal, dan Kampus Bandar yang terletak di Jalan Hang Tuah.

Sebagai universiti berfokus dengan penumpuan dalam bidang Kejuruteraan, Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Pengurusan Teknologi, UTeM ditubuhkan bagi memenuhi keperluan untuk melahirkan tenaga profesional yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri Negara. Program-program akademik di UTeM dirangka untuk melahirkan graduan yang mempunyai asas akademik yang baik dan kemahiran teknikal yang tinggi.


BANGUNAN CANSELORI
Bangunan yang tesergam indah ini merupakan pusat pentadbiran utama di UTeM. Di sinilah PTj seperti Canselori, Pendaftar, Bendahari dan HEPA bernaung. Dibina berkonsepkan ciri-ciri rumah melayu dan gabungan elemen-elemen moden, menjadikan bangunan ini berbeza dengan bangunan lain.

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

UTeM menyediakan pelbagai kemudahan canggih seperti dewan kuliah, makmal berteknologi tinggi, makmal robotic & automasi, makmal voltan tinggi, makmal thermodinamik, makmal peralatan, makmal multimedia, makmal pintar, makmal kimia dan makmal pembuatan termaju.


KOMPLEKS SUKAN

Kompleks Sukan UTeM terdiri daripada sebuah stadium yang menyediakan kemudahan atletik dan padang bola yang boleh memuatkan 500 orang pada satu-satu masa. Dewan sukan pula menempatkan gelanggang badminton, bola jaring dan gimnasium. Turut disediakan ialah arena hoki, padang ragbi, gelanggang tennis, softball serta bola tampar.


DEWAN SIBER

Terletak di Pusat Komputer, Dewan Siber menyediakan kemudahan ICT untuk para pelajar. Terdapat kira-kira 500 unit komputer disediakan untuk kegunaan pelajar. Juga terdapat dua bilik latihan yang memuatkan 40 unit komputer setiap satu. Perkhidmatan tambahan turut disediakan seperti mencetak dan komputer khusus untuk grafik dan multimedia juga disediakan. Dibuka dari Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi – 8.00 malam)


DEWAN BESAR

Dewan Besar ini boleh memuatkan 4,000 orang pada satu-satu masa. Dewan ini digunakan untuk Majlis Konvokesyen, majlis-majlis rasmi universiti serta berfungsi sebagai dewan peperiksaan. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ruang lobi yang luas, dewan makan serta bilik VVIP.

Dewan Besar telah mencatatkan sejarah apabila mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan isteri menerima Ijazah Kehormat pada Majlis Konvokesyen Ke-5 tahun 2009.


PUSAT KESIHATAN PELAJAR

Pusat Kesihatan Pelajar ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkesan di kalangan pelajar. Pusat sehenti ini dilengkapi dengan Wad Pemerhatian, bahagian pesakit luar dan bilik perubatan kecemasan. Turut disediakan perkhidmatan ambulan bagi kes-kes kecemasan.


PERPUSTAKAAN

Sehingga akhir tahun 2009, jumlah kolekasi bahan di perpustakaan ialah 104,348 judul iaitu 53,015 judul bahan bercetak dan 51,333 judul bahan online dalam pangkalan data. Koleksi ini merangkumi bahan rujukan kejuruteraan berkaitan bidang-bidang teknikal seperti elektrikal, elektronik, kejuruteraan komputer, mekanikal, pembuatan dan ICT. Terdapat juga koleksi bidang saintifik seperti fizik, kimia, matematik serta bacaan umum.

Sebuah perpustakaan juga telah dibuka di Kampus Bandar bagi kemudahan pelajar membuat rujukan. Perpustakaan UTeM menggunakan sistem Pengurusan Penggunaan Perpustakaan Bersepadu (ILMU) bagi memudahkan pelajar mencari maklumat mengenai koleksi yang disediakan. Pencarian juga boleh dilakukan melalui WebOPAC.


KAFETARIA

Kafeteria UTeM menyediakan pelbagai pilihan makanan tradisional yang pelbagai untuk semua warga kampus. Terdapat tiga cafeteria di Kampus Induk, dua untuk pelajar dan satu untuk staf.


PUSAT AKTIVITI PELAJAR

Pusat Aktiviti Pelajar diuruskan oleh Pejabat HEPA bagi menyediakan ruang berinteraksi di kalangan ahli-ahli kelab,persatuan dan Perwakilan Pelajar. Bangunan tiga tingkat ini menyediakan tempat untuk latihan kebudayaan, latihan orkestra, pusat kaunseling dan ruang pameran. Koperasi UTeM Berhad, Pejabat Pos Mini dan mesin ATM turut beroperasi di sini.


KEMUDAHAN ASRAMA

UTeM menyediakan kemudahan asrama di tiga kolej kediaman. Setiap kolej kediaman dilengkapi dengan perabot dan dipantau oleh staf dan pengawal keselamatan.


MASJID

Masjid ini boleh memuatkan seramai 4,000 jemaah pada satu-satu masa. Dengan keluasan 5,737 m2 masjid ini dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, bilik bacaan, dan dewan solat utama. Senibina masjid ini bercirikan Timur Tengah di bahagian dalam manakala di bahagian luar berkonsepkan Asia.


KEMUDAHAN WIFI

Kemudahan internet tanpa wayar melalui ‘WiFi hotspots’ turut disediakan yang meliputi hamper keseluruhan kampus.


Politeknik Ku



Politeknik Merlimau merupakan politeknik ke 14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia terletak di daerah Jasin, 2 km dari pekan Merlimau, 24 km dari bandar Melaka dan 19 km dari bandar Jasin.Politeknik mula beroperasi pada 17 November 2002 dan telah mula mengambil pelajar perintis pada sesi kedua 2002 iaitu 23 Disember 2002. Politeknik mempunyai kapasiti maksimum seramai 5060 orang pelajar. Kini PMM telah beroperasi sepenuhnya, dan menjadi salah satu nukleus yang penting kepada Merlimau .

Dewan besar

Auditorium

Kafeteria
Kafeteria

Politeknik Merlimau-JKM
Bangunan bilik kuliah

masjid
Masjid besar merlimau

PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN MERLIMAU
Perpustakaan awam
 

hidayat yusof. Design By: SkinCorner